Macamana adik masuk dalam perut ibu.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Pada suatu malam, mata ibu sudah makin layu. Tapi, si kanak-kanak riang masih belum mampu memejamkan mata. Otak mereka ligat, berpusing mencari idea mahu berbual dengan ibu.

"Macamana adik masuk dalam perut ibu? " tanya Kina kehairanan.

" Allah bagi rezeki. " pening juga nak bagi faham, takkan nak cerita pasal pensenyawaan dan kahwin.

" Sebab ibu married baba ke dapat Aina? " Aisyah masih bertanya tak puas hati.

"Sudah-sudah pergi tidur. " mata ibu sudahla kuyu, ditambah dengan pertanyaan ala-ala KBAT. Tak tau dah nak jawab apa.




Iklan: 

Jom beli kain ela untuk baju raya





ada lagi pilhan yang banyak di Kain aida naem

Ulasan