Kelam kabut

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Kelamkabut
Awal-awal memang semuanya lintang pukang. Penatnya memang la penat, semua kerja tak kemas tak bagus, orang kutuk itu ini. Tapi bezanya orang berjaya dalam hidup bukan kerana keajaiban atau banyak pertolongan. Orang berjaya ini telinga mereka tebal dengan cacian dan makian orang sekeliling. 

Hanya yang degil akan berjaya, degil nak berusaha sampai berjaya dan buat muka tak tahu malu. 
Lama lama nanti kita akan perasan, kerja kita makin bagus. Pengalaman akan membuatkan kita makin bagus.

" Kita hanya akan dapat kegembiraan selepas berjaya. 
Proses pembelajaran daripada kegagalan demi kegagalan sebelum berjaya memberikan kita pengalaman.  "


Ulasan