Suka bertangguh itu bahaya.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sudah lama tak menulis di blog. Hari ini kita sapu-sapu sawang pada blog ye. Antara salah satu projek menghias rumah saya buat kali ini saya kait sahaja guna granny square simple untuk menghasilkan alas kait.


Bulan ini dan bulan depan memang gerenti sibuk dengan tempahan kait. Jadi kita buat sedikit demi sedikit untuk menyiapkan kerja. Duduk di rumah salah satu penyakit yang paling bahaya adalah bertangguh. Kalau satu hari tangguh cuci pinggan, melipat baju dan pelbagai lagi kerja rumah bertimbun. Lagi pula, kadang-kadang ada sahaja perlu keluar rumah, yelah cik bos biasanya cakap pada saat-saat terakhir baru nak bagitau programnya. Jadi nak tak nak kena bersedia, tidak membuang masa walaupun sesaat pun.

 Begitu juga kerja mengait, kalau tangguh-tanguh memang tak mengaitla jadinya. tak tahulah projek ini akan siap atau tak. Nanti saya postkan hasil kaitnya. Blog pun sama, sudah banyak hari tertinggal walaupun idea sudah banyak bertimbun ni. Menulisnya pun tak sempat, sebab bertangguh. Memang betul-betul berusaha siapkan tempahan kait.

Kesimpulannya, sikap bertangguh itu sangat bahaya, lagila untuk surirumah yang terkejar-kejar masa, dan sangat sedikit masa. Jangan tunggu sempurna untuk bermula, itu hanya alasan untuk sikap suka bertangguh. Nota untuk diri sendiri.


iklan:



Pendaftaran iklan sudah dibuka,
2 tapak kekal
sohodiredtory dan tapak terbaru di sini
http://senaraihomestaymalaysia.blogspot.com/
Yuran iklan: RM150



Berminat untuk tapak pengiklanan di blog jemaah abdr boleh hubungi saya


Jika berminat hubungi saya: 

Email : dalilayusof86@gmail.com

sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof


Ulasan