Khamis, 14 September 2017

Rezeki berbudi kepada tanah.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmnirahim




Rezeki masing-masing tak sama. Ada yang usaha sedikit, dapat banyak. Ada yang usaha separuh nyawa, Allah bg sedikit. Ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

Terliur nak makan, seronok kalau dapat tanam durian. Kalaulah pokok durian depan mata macam ni, nikmat sungguh hidup.

Berapa keping nak?


Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

" Berapa keping nak? " soalku sambil keluarkan doh-doh roti canai. 



"Aisyah nak 10 keping. "

Terkejut ibu ambil order anak dara. Nasib kat rumah kalau kat kedai, mau pengsan nak bayar 10 keping. Belum masuk minum lagi. Ni tambah lagi roti  canai 10 keping. Ibu dapat makan sikit je roti canai tadi. Hairan juga ibu makin berisi, anak makin keding. Agaknya lemak ibu ambil kot. ha..ha..


Tapi waktu ni la seronok nak bereksperimentasi dengan resepi di blog dan facebook. Anak-anak mungkin kelaparan, selepas penat meneraburkan rumah menghabiskan makanan dengan gelojoh. Jangan hidang kayu dan batu sudah. Seronokkan, tak banyak songeh makanan pun tak membazir. 


Lagipun tak seronok makan di kedai dengan anak masih kecil. Sudah biasa duduk di rumah buat acara bebas tanpa kongkongan. Kalau kat kedai susah nak kawal, membazir pun satu. Yang geramnya, dah balik rumah lapar semula. Membazir sahaja makanan di kedai tadi, sekarang makan di kedai sangat mahal. Jadi ibu kenalah pandai memasak pandai ataupun tidak. 

Isnin, 11 September 2017

Songket printed Anggrek V2

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

EXCLUSIVE DESIGN

📌 Material Japanese Cotton Best Quality.
📌 Bidang 45.
✂️ 4 meter/spsg.
✂️ Boleh potong lebih meter.
✂️ Min potong 2 meter.
___________________________________________
Spsg. -->Rm88/SM, Rm93/SS*
Min. 5 psg -->Rm78/SM, Rm83/SS spsg*
Min. 10 psg -->Rm68/SM, Rm73/SS spsg *
*Semua harga termasuk pos.
_________________________________________
Utk order, Sila klik 👇👇👇






















Baju anarkali , baju kembang sepayung

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim... 

Assalamualaikum, sudah lama tak bersiaran. Sejak akhir-akhir ni banyak kerja yang tak siap, gara-gara sakit melanda hampir sebulan. Bayangkan sakit mata hampir seminggu, demam yang kejap baik kejap datang semula. Menakutkan sungguh. Harap ada umur panjang untuk menjaga anak-anak. 

Baru-baru ini dapat kain cantik daripada mak sedara. Kain perca yang cantik-cantik bolehlah nak buat baju anak-anak. Tema hari keluarga tempat kerja suami pula, baju

bollywood. Jadi gigihlah "google" baju ala-ala hindustan. Dapatlah jahit sepasang baju, dalam masa tu anak masih demam. Siaplah baju anak dalam masa 2 hari.  

Baju kembang sepayung, dalam hindi baju anarkali.. baju ala2 hindustan...gara2 baju ni gigih belajar nombor dalam hindi: -ek, do, teen, caar, paanc, chah, saat, ath, nau, das. Tutorialnya dalam bahasa hindi, disebabkan lebih kurang je cara dia melakar pola, tapi kita nak tahu apa yang dia bagitahu. Fahamlah sikit-sikit apabila belajar nombor dalam bahasa hindi, siaplah baju walaupun senget benget. 

Yang paling suka tentang baju ni, tutorial baju ni mengajar cara kecilkan baju, jika terbesar,. Rasa nak buat lagi, sebabnya anak nampak comel bila pakai baju ni.  Saya kepilkan sekali tutorialnya, semoga anda semua dapatkan siapkan baju macam ni juga. 






Khamis, 6 April 2017

Nilai barang seni.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Sudah lama nak tulis di dalam blog. Sudah dikarang ayat berjela-jela. Tapi tak mengapala, coret juga disini buat pedoman semua.
Hal ini berkaitan dengan kaitan. Mana boleh lupa hari-hari mengait, dan kata-kata nenek tu masih bermain di fikiran.
" Berapa kau jual sepokok bunga ros kait ini? " Nenek tu nampak berminat sangat dengan jambangan bunga kait saya.
" Dalam RM 50 sahaja. " Jawab saya dengan suara yang agak halus. Memang kalau bercakap dengan orang suara ibarat ada emas dalam mulut. Menulis sahaja berjela-jela.
" Hah, kau beli benang baru 2 ringgit, kau caj aku RM 30 . "
" Nek, benang sahaja RM2, yang bekas bunga, yang batang lidi, yang soletape hijau, daun lagi. Saya punya upah, saya tak bagi anak saya makan benang. " Jawab saya membangkang dalam hati jelah. Kang menjawab lebih- lebih bukan nenek tu paham.
Bukan nak mengumpat, tapi perasan juga hasil seni ni orang tak pandang sesuatu yang bernilai tinggi. Bukan senang nak hasilkan sesuatu daripada benang. Sakit tangan, masa yang berjam-jam dicurahkan.
Apabila buat sendiri, memang jimat wang. Tapi sebenarnya kita bayar dengan masa. Masa ni lebih mahal daripada wang. Wang boleh dicari ganti, masa yang pergi takkan kembali.








Selasa, 4 April 2017

Proses pembuatan kopiah bah 1

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum...proses pertama pembuatan kopiah. Kita draf nama atas kertas graf, ini hanya lakaran, kaitan nama di kopiah biasanya berubah mengikut idea saya. 1 kotak kecil menandakan 1 double crochet. Idea nama dalam graf, saya tanya pada blogger di google sahaja.



Contoh daripada graf ini saya rujuk daripada blogger bellaonline, artikel ini bukanlah berkenaan untuk graf nama di kait tapi untuk "looming " gelang tangan. Alah, pandai-pandailah nak bega nanti. Kita yang buat dia. he..he..

Khamis, 30 Mac 2017

Cabaran mengait kopiah

Teks: Dalila Yusof

Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman mengait kopiah hampir sebulan. Sepanjang proses pembuatan, memang agak tertekan dan menangis kerana kerumitan membuat kopiah tapi apabila sudah siap terasa lega yang amat sangat. Memang padanlah harganya mahal dengan kerumitan membuatnya.


  • Kurang semangat

Kopiah ni, memang agak sukar berbanding topi, mungkin salah sebab utama saya tiada anak lelaki jadi tak seghairah mengait topi perempuan. Saya mempunyai 4 orang anak perempuan, saya rasa kait topi perempuan lebih mudah dan banyak idea. Mengait topi dihiasi  bunga-bunga besar yang saya kait sendiri memang menaikkan semangat.  Lagipun model depan mata, jadi lagi mudah memberi semangat apabila melihat anak bergaya dengan topi baru.



  • Rumit

 Selain itu, kaitan kopiah agak rumit berbanding topi kerana menggunakan dua benang berlainan warna serentak. Silap sedikit memang nampak salahnya, silap kait satu huruf memang haru nak lerai benang kait. Ada dua teknik yang perlu dimahirkan semasa mengait kopiah teknik tukar warna benang dan teknik sorok benang (kaitan tapestri). Sudah pakar kita boleh buat pelbagai corak menarik di kopiah. Bagi yang sudah pakar juga bolehlah cuba kait kopiah 3 warna.







Hasil susah payah mengait kopiah dapatlah saya kait 2 keping kopiah tapi berlainan saiz jarum untuk mendapatkan ukurlilit yang tepat. Bagi yang bersaiz 20 inci tertera nama Naqib, saya guna jarum saiz 1.75 mm. Yang bersaiz 17 " saya guna jarum bersaiz 2 mm. Memang agak pening bab diameter kopiah sudahnya saya cuba berlainan saiz jarum baru dapat ukuran yang tepat. Ada banyak projek kait dan jahit menanti akan saya kongsikan dengan anda nanti ya.